Cara Mencegah FIP pada Kucing: Apa yang Bisa Dilakukan? – BASMI FIP Malaysia | Official Website ©️
  • Deliveries are from 11.30 - 3.30pm Monday to Friday and 9.00am to 12pm Saturdays. No deliveries on Sundays Join Our Community
  • Recommended Pet Supplements for a Healthier, Happier Pet Learn More
icon-search

Cara Mencegah FIP pada Kucing: Apa yang Bisa Dilakukan?

Cara Mencegah FIP pada Kucing: Apa yang Bisa Dilakukan?

Apabila kucing yang biasanya aktif dan manja tiba-tiba menjadi lesu kerana sakit, sudah tentu Pawrents akan rasa sedih dan risau. Perasaan itu akan jadi lebih berat apabila si comel disahkan menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP).


Buat Pawrents yang membela kucing, nama FIP pasti sudah tidak asing lagi. Mana tidaknya? Penyakit ini telah meragut nyawa ribuan kucing, terutamanya sebelum penemuan GS-441524.


Secara ringkas, FIP adalah penyakit yang berpunca daripada mutasi virus Feline Coronavirus (FCoV). FIP terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu FIP basah, FIP keringFIP okular dan FIP neurologi.


Sebelum kucing dijangkiti penyakit berbahaya ini, Anda sebenarnya boleh mengambil beberapa langkah pencegahan. Nak tahu apa yang boleh Anda lakukan? Jom teruskan baca!


Amalan Kebersihan di Rumah

Menjaga kebersihan kawasan sekeliling adalah langkah pertama yang boleh Anda ambil untuk mengelakkan kucing daripada dijangkiti FIP. Ini kerana virus FCoV yang menjadi punca utama penyakit ini biasanya tersebar melalui najis.


Virus dalam najis tersebut boleh hidup di persekitaran selama beberapa minggu. Oleh itu, Anda perlu kekalkan kebersihan dengan ikut langkah-langkah berikut.

  1. Kerap bersihkan sangkar, lantai dan kawasan permainan kucing. Gunakan pembasmi kuman yang selamat untuk haiwan tetapi tetap berkesan membunuh bakteria.

  2. Basuh bekas makanan dan minuman setiap hari untuk elak pengumpulan bakteria.

  3. Elakkan longgokan najis yang boleh menjadi tempat pembiakan virus dan bakteria.


Persekitaran yang bersih bukan sahaja dapat mengurangkan risiko penyebaran virus, malah membantu menguatkan sistem imun kucing. Jadi kalau pun virus FCoV ada di sekeliling, risiko untuk dijangkiti tetap rendah.


Cegah Penularan Feline Coronavirus (FCoV)

Selain melalui najis, virus Feline Coronavirus (FCoV) juga boleh tersebar antara kucing. Penularan ini boleh berlaku melalui air liur, darah, atau ketika kucing bergaduh dengan kucing lain yang sudah dijangkiti.


Jadi, kalau Anda ada lebih daripada seekor kucing di rumah dan salah satunya sudah disahkan menghidap FIP, sebaiknya Anda lakukan langkah pencegahan seperti berikut.

  1. Asingkan kucing yang sudah dijangkiti dan pastikan ia tidak bercampur dengan kucing lain sehingga menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

  2. Hadkan interaksi antara kucing dalam apa jua bentuk.

  3. Asingkan peralatan makanan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

  4. Lakukan ujian terhadap kucing lain untuk pastikan mereka tidak dijangkiti virus dari kucing yang sakit.


Penjagaan Litter Box dan Populasi Kucing

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, virus FCoV boleh merebak melalui najis. Sebab itulah penting untuk jaga kebersihan litter box. Ini beberapa tips yang boleh Anda praktikkan.

  1. Sediakan satu litter box untuk setiap ekor kucing di rumah. Kalau boleh, sediakan satu kotak tambahan juga.

  2. Bersihkan litter box sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk elak pengumpulan virus dan bakteria.

  3. Letakkan litter box di kawasan yang kering dan tidak lembap supaya tidak menjadi tempat pembiakan kulat dan kuman.


Sebagai tambahan, selain menjaga kebersihan, Anda juga perlu peka terhadap jumlah kucing yang tinggal bersama. Kenapa?


Sebab populasi kucing yang terlalu padat meningkatkan risiko penularan virus. Tambahan pula, suasana yang terlalu sesak boleh menyebabkan kucing stres, seterusnya melemahkan sistem imun.


Bila sistem imun lemah, si comel lebih mudah dijangkiti virus dan akhirnya boleh menghidap FIP.


Elak Stress Berlebihan pada Kucing

Sama seperti manusia, kucing juga boleh mengalami stres. Bila stres melanda, sistem imun akan menjadi lemah dan kucing jadi lebih mudah dijangkiti FIP.


Kebiasaannya, si comel mula rasa gelisah jika persekitarannya terlalu bising atau populasi kucing terlalu padat. 


Oleh itu, disarankan untuk tidak membela terlalu banyak kucing dalam satu rumah supaya setiap ekor kucing kekal selesa dan bebas daripada tekanan.


Selain itu, elakkan daripada mengusik kucing secara keterlaluan. 


Sebaik mungkin, jauhi perkara yang boleh menakutkan mereka seperti mencampakkan kucing ke dalam air, bermain mercun berdekatan, atau perkara lain yang boleh menyebabkan mereka trauma.


Berikan Nutrisi dan Suplemen

Sistem imun yang kuat sangat penting dalam melawan FIP. Untuk pastikan kucing Anda sentiasa sihat, berikan makanan yang kaya dengan nutrien.


Selain itu, Anda juga boleh beri suplemen tambahan. Pilih vitamin yang dapat menyokong kesihatan organ dalaman, menguatkan antibodi, dan mengekalkan selera makan si comel.


Pengesanan Awal dan Pengasingan Kucing Sakit

FIP adalah penyakit yang sangat agresif dan virusnya boleh menyerang organ dalaman dengan pantas. Sebab itulah, pengesanan awal sangat penting bagi setiap Pawrent.


Berwaspadalah jika kucing Anda mula menunjukkan simptom-simptom seperti

  1. Demam yang berpanjangan dan tidak sembuh-sembuh

  2. Perut membuncit (tanda FIP basah)

  3. Berat badan turun mendadak

  4. Lesu dan tiada selera makan


Sekiranya Anda perasan simptom ini, segera bawa kucing ke klinik haiwan untuk pemeriksaan dan ujian yang diperlukan. Selepas itu, asingkan kucing yang sakit dan segera mulakan rawatan dengan GS-441524.


Kesimpulan

Pencegahan FIP pada kucing boleh dilakukan melalui beberapa langkah mudah. Namun, jika kucing Anda mula menunjukkan simptom FIP, jangan tunggu lama-lama, segera bawa ke klinik haiwan yang dipercayai.


Selepas dapat diagnosis yang tepat, hubungi Team Basmi FIP Malaysia melalui WhatsApp. Dengan bimbingan dari awal hingga akhir, Anda akan terima dos ubat GS-441524 yang sesuai untuk keperluan si comel.


Jangan panik, Team Basmi FIP Malaysia akan sentiasa berada di sisi Anda dan berjuang bersama sehingga kucing Anda kembali sihat~


Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping